Tuesday, February 12, 2008

Adi Putra Genius Matematik

Sungguhpun masih kecil, beliau sudah mempunyai lebih 200 formula matematik sendiri. Yang peliknya, ibu bapanya tidak berpelajaran tinggi. Ayahnya hanya bekas juruteknik Tenaga Nasional dan ibunya tidak bekerja. Dalam pertemuan tersebut, beliau menunjukkan beberapa kebolehan menyelesaikan soalan-soalan matematik dengan caranya sendiri. Selain itu beliau juga boleh mengingat berpuluh-puluh angka dalam jangka masa yang singkat. Melihatkan kebolehan ini, ibunya telah menceritakan rahsia bagaimana beliau mengandungkan adik Adi Putra. Nak tahu rahsianya?…

Ha…rupanya ibu adik Adi Putra mengamalkan bacaan tiga surah Al-Quran sepanjang tempoh mengandung. Tiga surah tersebut ialah:

1. Surah Yusuf
2. Surah Maryam
3. Surah Lukman

Jadi buat bakal ibu dan ibu-ibu sekalian, apalagi, marilah sama-sama kita mengamalkan surah-surah tersebut. Mudah-mudahan kita dapat dikurniakan anak yang segenius adik Adi Putra.

2 comments:

rizza said...

ye memang betul...saya juga melakukan nye ketika mengandungkan anak saya Hassan....3 surah ni bagus dibaca/diaamalkan ketika mengandung....
1. Surah Yusuf
2. Surah Maryam
3. Surah Lukman
..alhamdullillah..
bagi ibu2 yg mengandung....baca la...kalau tak hafal...baca sedikit demi sedikit sepanjang masa mengandung tu....
insya'allah...ramai anak-anak melayu akan jadi macam Adi Putra..

harizhazwan said...

adeh...
x dapat saya nk wat...
da jadi laki,
x lehla nk bca tym ngandung...
aiseh...