Tuesday, February 9, 2010

Awas!!! Ayam Goreng Dari ‘Ayam Mati’ di China

Pertengahan bulan ini, kebanyakkan premis-premis perniagaan di Malaysia biasanya cuti seminggu. Dimasa inilah para pekerja dibawa melancong oleh majikan masing-masing. Tak terkecuali pekerja Melayu, kalau anda dibawa melancong ke China berhati-hatilah dengan makanan disana, terutamanya ayam goreng. Nak tau mengapa jom tengok gambar-gambar di bawah ini…

Waktu pagi meraih ayam disekitar kampung.

Pekerja diarahkan mencari ayam dari rumah kerumah, ingat bukan ayam hidup.

Harga 1 Ekor ayam mati 1 RMB (dollar hongkong) dan akan dijual pada kembali dengan harga 9 RMB (dollar hongkong) setelah pemrosesan.

Mudahkan! tak payah sembelih masuk jer dalam karung tu.

Inilah tempat memproses ayam yang dibeli tadi…bersepah bangkai ayam.

Dan dilantai…

Tu dia…ayam separuh sedar pun ada kat situ siap dengan pengawalnya lagi!

Dari kuali besar yang berkarat ayam tadi dicabut bulunya.

Pekerja tekun menanggalkan bulu ayam.

Lihat dibelakang pekerja, longgokan ayam yang berwarna merah keemasan.

Tab mandi yang diubah suai untuk membilas ayam yang dah dicabut bulunya.

Mengenakan sandal berjalan di antara ayam sebelum proses pewarnaan. Proses mewarnai dengan cat sehingga menyerupai daging ayam yang segar mugar.

Dan sekarang siap untuk disajikan "AYAM GORENG SPESIAL" – credit dari – haxims.blogspot.com

Sunday, February 7, 2010

Kanak-kanak Mati Dibaham Anjing

Amaran! Buat yang memelihara anjing yang kononnya bagi menjaga keselamatan keluarga. Jangan disangka anjing peliharaan tidak akan bermain gila. Kejadian memilukan dan mengerikan ini dimana seorang kanak-kanak comel menjadi mangsa korban seekor anjing peliharaan. (untuk yang bukan Islam) credit - strov.co.cc

Thursday, February 4, 2010

Doktor Salah Potong Kaki

SEANDAINYA malang boleh dihidu suah tentu setiap orang pasti mahu mengelak. Namun apabila berlaku kecuaian pada pihak doktor yang dipertanggungjawabkan untuk merawat si pesakit, individu terbabit tidak mungkin dapat mengelak daripada malang yang menimpa.

Pada awal tahun ini, dengan tidak sengaja dan mungkin kerana kecuaian doktor-doktor bedah di sebuah hospital di Peru telah melakukan sesuatu yang paling ditakuti oleh mereka dalam profesion ini iaitu memotong kaki yang sihat seorang warga tua berusia 86 tahun.

Apabila menyedari kesilapan itu, mereka terpaksa pula memotong sebelah lagi kaki wanita ma! lang itu kerana ia memang tidak dapat dielakkan lagi.

"Saya berasa terkejut apabila menyelak kain dan mendapati doktor telah memotong kaki kirinya," kata anak perempuan lelaki malang itu, Carmen Villanueva kepada wakil-wakil media.

"Kaki kanan bapa saya dijangkiti ulser dan mereka sepatutnya memotong kaki yang lain untuk mengelakkan kuman merebak," ujarnya.

Berikut kejadian tersebut, pihak hospital telah menggantung perkhidmatan doktor-doktor terbabit sementara siasatan dijalankan.

Bintang PORNO cetus panik

JACKIE mahu tingkatkan kesedaran mengenai Aids.
JACKIE mahu tingkatkan kesedaran mengenai Aids.

MICHIGAN: Seorang pelakon porno amatur yang mencetuskan panik selepas mendakwa dia dijangkiti Aids semalam mengaku dakwaan itu hanya palsu.

Jackie Braxton dari Detroit mendakwa pengakuannya menerusi video dalam Internet dengan berkata dia sudah menyebarkan HIV kepada lebih 500 lelaki dibuat hanya untuk meningkatkan kesedaran mengenai penyakit itu.
Bagaimanapun, Jackie yang menggelar dirinya 'Fame' dan menerbitkan video lucah bersama suaminya juga berkata, dia membuat rakaman berkenaan untuk memasarkan laman webnya.

"Saya tidak dijangkiti Aids," kata ibu berusia 23 tahun itu.
"Saya menghasilkan rakaman berkenaan kerana mahu meningkatkan kesedaran mengenai Aids." Video itu yang disiarkan dalam beberapa laman web menyaksikan dia yang melindungi mukanya dengan skaf memberi amaran: "Suami anda akan dijangkiti Aids. Anda semua akan mati." Video itu menyebabkan polis di bandar Michigan menerima begitu banyak panggilan dan mendorong mereka menjejaki Jackie. Dia dibawa ke Jabatan Kesihatan Michigan untuk menjalani ujian HIV, kuman yang menyebabkan Aids.

Jackie berkata, dia merasa bersalah kerana menerbitkan video itu tetapi ia berjaya memenuhi matlamatnya apabila melihat orang ramai berbaris untuk menjalani pemeriksaan.

"Ia palsu belaka," katanya. Saya tidak dijangkiti Aids. Saya tidak menyebarkan penyakit itu kepada orang lain," katanya.
Sementara itu, polis belum dapat memastikan sama ada akan mendakwa wanita itu kerana tidak pasti dia melanggar undang- undang. Undang-undang yang ada hanya untuk kesalahan gagal memberitahu teman seks bahawa mereka menghidap HIV atau Aids. - Agensi Jackie yang mempunyai anak berusia lima tahun kemudian bercakap mengenai hal itu dalam blognya dengan gambar dia memberi isyarat lucah.

"Anda semua bodoh. Anda patut malu kerana diperbodohkan," katanya.
Sementara itu, polis belum dapat memastikan sama ada akan mendakwa wanita itu kerana tidak pasti dia melanggar undang- undang. Undang-undang yang ada hanya untuk kesalahan gagal memberitahu teman seks bahawa mereka menghidap HIV atau Aids. - Agensi

Pasangan Zina Direndam Setengah Bogel

Panasnya hubungan asmara Amir Mukhtar (26) warga Cot Keutapang, Bireuen dan kekasihnya Ernawati (22) Warga GP Utue, Pidie, berakhir setelah ratusan penduduk setempat memergoki aksi mesum mereka. Lalu, dengan keadaan setengah bogel, keduanya direndam dalam tab mandi.

Keduanya berbuat mesum di kampung orang di Gampong Crung Padang Tiji. Setelah tertangkap basah dan dipermalukan, keduanya baru diserahkan kepada Mapolsek Padang Tiji, Minggu (24/1) sekira Pukul 17.00 Wib.

Menurut keterangan penduduk setempat, pelaku 'khalwat' tersebut sering berkunjung ke rumah M. Isa. Meski sering diperingatkan namun mereka tak mengindahkan larangan. Hingga puncaknya Minggu sore, sejumlah warga melakukan pengintipan. Ketika keduanya berada dalam kamar bercumbu ria, penduduk setempat terus menyerbu mereka. Dalam keadaan setengah bogel, Amin dan Erna diheret ke luar rumah.

Salah seorang Petugas Wilayatul Hisbah (WH) atau Polisi Syariat Islam, Tgk Fakhruddin mengatakan bahawa penduduk setempat telah menangkap sepasang remaja bercumbu dalam kamar. Merasa geram kampungnya telah dikotori, merendam pelaku zina tersebut ke dalam tab berukuran 1 x 2 meter.

Dalam pengakuannya, Erna mengatakan sebagai siswi SMA di Grong-Grong. Sedang Amir Mukhtar bin Abdsul Salam adalah kekasihnya dan sudah berkenalan sejak setahun lalu, bekerja sebagai mengasah mata cincin di Simpang Reube, Grong-Grong.

Hingga kini kes tersebut masih dalam penyelidikan aparat WH dengan memanggil kedua orang tua pelaku. sumber : posmetro

Admin: Alih bahasa dari sumber mungkin tak 100% tepat, dan yang tak teralih tu makna wa pun tak tau nak bubuh apa. Apa yang penting cerita tak lari dari tajuk asal. Dan terpaling penting sepatutnya spesis seperti mereka ini dilemaskan dalam 2,3 minit dulu bagi memberi pengajaran kepada mereka bahawa nikmat lemas didalam tab sama dengan syoknya lemas ketika berzina.

Wednesday, February 3, 2010

Gadis Kiut .Kristen Stewart Jadi PENARI BOGEL

Kristen Stewart pelakon filem Twilight bakal memainkan watak penari bogel untuk filem terbarunya,foto-AP

BINTANG filem 'Twilight, Kristen Stewart, tak ragu menerima tawaran menjadi penari bogel dalam sebuah filem indie. Aktres jelita yang memegang watak sebagai Bella Swan itu turut rela menyakiti dirinya sendiri.

"Saya melakukan tarian di celah-celah tiang dan disebabkan itu kaki saya luka-luka. Saya telah menyakiti diri sendiri selama melakukan tarian itu," kata Stewart, seperti dipetik Ace Showbiz.

Walau terpaksa menahan sakit, Stewart mengakui seronok dengan pengambaran filem berjudul 'Welcome to The Rileys' itu.

"Semakin saya melihatnya, semakin itu saya menginginkannya," ujar gadis yang disebut-sebut menjalinkan hubungan cinta bersama pasangan Twilight, Robert Pattinson.

Ketika ditanya tentang wataknya dalam filem indie tersebut, Stewart mengaku telah melakukan sejumlah persiapan untuk menjadi seorang penari bogel. Salah satunya, dia sendiri telah belajar menari dari penari bogel asli.

"Saya telah berbual dan bertanyakan kepada tiga penari di New Orleans. Mereka juga turut berlakon dalam filem ini," katanya.

Menurut sutradara 'Welcome to the Rileys,' Jake Scott, pihaknya tidak akan mengeksploitasi Stewart dalam filem tersebut. Scott hanya ingin menampilkan kisah tentang anak remaja bermasalah yang terpaksa menjadi penari bogel dan pekerja seks komersil.

-mstaronline

SayFool : "Mangsa" LIWAT Paling Cool!

Pemuda tinggi lampai dan muda perkasa ini mendakwa dirinya diliwat oleh orang tua yang berumur 60 tahun, Tidak payah tulislah nama orang tua itu, semua orang tahu, lagipun pertuduhan kali ini bukan yang pertama, tetapi kali kedua. Jika betul, hebat lelaki tua itu kerana dapat "menewaskan" lelaki tinggi lampai dan muda perkasa ini!

Pemuda ini juga dikategorikan sebagai "mangsa" rogol merangkap mangsa liwat paling cool pernah saya ketahui. Tidak pernah lagi ada "mangsa" rogol/liwat yang begitu menonjol seperti pemuda ini. Mangsa rogol/liwat yang lain takut hendak tunjuk muka. Mungkin sebab malu atau trauma. Yang ini lain daripada yang lain. Pemuda ini bukan sahaja mempunyai akaun di Facebook, malah menulis blog tentang perjalanan kesnya di mahkamah. Malah cerita pemuda ini turut mempunyai halaman di Wikipedia. Lebih hebat, pemuda ini pernah bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan mengaku dirinya diliwat oleh seorang tua yang berumur 60 tahun.

Walaupun 1Malaysia heboh tentang cerita "tiada penetrasi di tempat itu", tetapi dia tetap "maintain" mempertahankan dakwaannya. Itulah yang membuatkannya lebih cool.

Di blognya, pemuda ini meminta orang ramai mendoakan dan memberikan bimbingan kepadanya. Katanya:


Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-NYA, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini.

Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah
ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti. Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.

Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.

Justeru, saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan(tips2) persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya
bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah kelak.

Kepada yang sudi membimbing , bolehlah menghantar kiriman anda ke alamat email
HariKebenaran@gmail.com , diruangan komentar entri ini, atau di Facebook saya

Bimbingan apa, Yob? Tip apa, Yob? Bimbingan atau tip bagaimana hendak mematahkan hujah peguam bela? Kalau anda di pihak yang benar, tidak perlu bimbingan Yob. Sampai muntah darah sekali pun peguam orang tua itu berhujah anda boleh menang. Lainlah kalau....


Kalau di Barat, orang di sana sibuk bercerita tentang "Judgement Day" & "2012". Pemuda ini sibuk bercerita tentang "Hari Kebenaran". Sebenarnya, bukan dia sahaja yang hendak tahu tentang kebenaran. Saya pun hendak tahu. 1Malaysia pun hendak tahu. Bak kata orang tua-tua yang kini menjadi motto pemuda ini: Yang HAK Pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

Sebelum kebenaran yang ditunggu-tunggu oleh dia dan rakyat 1Malaysia muncul, rasanya lagu Meet Uncle Hussein, Drama King layak ditujukan untuk "mangsa" liwat paling cool di Malaysia ini.

Er...mana lagunya? Belilah di kedai. Tak pun tunggulah stesen radio memutarkan lagu itu.


Berkaitan:

Tidak mengapa, pasti ada hikmahnya - Mohd. Saiful Bukhari

KUALA LUMPUR 20 Jan. - "Tidak mengapa, pasti ada hikmahnya."

Itu reaksi Mohd. Saiful Bukhari Azlan, pengadu kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik sahaja mengetahui mahkamah menangguhkan tarikh perbicaraan kes itu ke bulan depan.

"Saya akan terus berdoa, istiqamah dan sabar," katanya ringkas di dalam laman sosial Facebook bagi mengulas perkembangan terbaru kes liwat membabitkan dirinya itu.

Monday, February 1, 2010

Bau badan terbaik untuk memikat

FLORIDA: Bau badan wanita dan bukan pewangi adalah faktor terbaik memikat lelaki, kata saintis.

Berikutan itu, wanita digesa melupakan saja membeli pewangi mahal sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada bau badan untuk mencari teman, lapor Daily Mail, semalam.

Penyelidik Universiti Florida State mendapati, lelaki lebih terangsang apabila menghidu bau badan wanita ketika kesuburannya di tahap tertinggi.

Sebelum ini, wanita dikatakan tertarik bau badan lelaki mengandungi 'feromon' yang menjadi isyarat memikat wanita.

Kajian terbaru menunjukkan keadaan sama juga bagi lelaki akan terpikat kepada bau badan wanita.

Penyelidik itu ialah Saul Miller dan Jon Maner yang melakukan ujian terhadap 68 sukarelawan lelaki berusia 18 hingga 23 tahun.

Sukarelawan diarah mencium kemeja-T wanita dalam pelbagai peringkat kesuburan dan didapati tahap rangsangan lelaki meningkat apabila menghidu bau badan asli.

McDonald’s Singapura jual MAINAN bentuk BABI

SINGAPURA: McDonald's memohon maaf kepada Singapura semalam dan menawarkan semula permainan berbentuk khinzir dalam senarai permainannya, selepas keputusannya sebelum ini untuk mengeluarkan haiwan itu daripada koleksi zodiak Cina mengecewakan ramai penduduk republik itu.

McDonald's bulan ini mula menjual karakter kartun mini menggambarkan 12 haiwan dalam kalendar zodiak Cina, namun khinzir digantikan oleh ikon kasih sayang Cupid ketika McDonald's berkata ia tidak mahu menghina umat Islam.

Namun tindakan itu, dikecam ramai pelanggan Cina yang mengadu dalam ruang sembang dan blog bahawa mereka tidak berpeluang membeli karakter haiwan kelahiran mereka.

"Kami memohon maaf dan amat berterima kasih," kata rangkaian makanan segera itu dalam iklan separuh muka dalam akhbar Straits Times, menyatakan ia tidak berniat untuk menghina sesiapa.

Singapura yang mempunyai penduduk berbilang kaum berjaya mengelak ketegangan kaum sejak rusuhan maut pada 1960-an walaupun kerajaan melihat perkauman sebagai potensi terbesar pencetus rusuhan.

"Saya faham bahawa kita perlu menghormati penduduk Islam oleh kerana Singapura adalah masyarakat berbilang kaum dan agama," kata Pauline Koh yang mana anak perempuannya lahir pada tahun khinzir menulis dalam Straits Times.

Susuk Tubuh Wanita Gagah

Tengoklah sendiri susuk tubuh perempuan ni. Agaknya dengan bantuan 'Kopi Radix', 'Kopi Jantan' atau 'Kopi Janda' pun masih tak dapat melayan rupa yang macam ni. Dengan 'Tricajus' tak taulah pulak boleh jalan ke tak?

the strongest woman in sweden05 The Strongest Woman In Sweden

Irene lahir di Denmark pada tahun 1966, dia pindah ke Sweden pada usia 2 tahun dengan orang tuanya. Dibesarkan di Malmo, tetapi pindah ke Goteborg ketika dia berusia 20 tahun. Irene menghabiskan masa bertahun-tahun di tempat latihan, bekerja keras untuk membina badannya seperti ini, kerana minat dengan bina badan dan tubuh yang cantik. Cantik atau ganjil anda harus mengakui bahawa dia sesuai dengan nama "wanita terkuat di Sweden" dan mungkin wanita terkuat didunia?

the strongest woman in sweden11 The Strongest Woman In Sweden